LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Tasek memulakan sesi pengajiannya pada tanggal 1 Disember 1995
dengan tujuan menampung keperluan penduduk sekitar kawasan Bercham,Taman Ipoh
Selatan dan kawasan perindustrian Tasek,sekaligus dapat mengurangkan kebanjiran
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putera dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Intan.
Projek pembinaan
sekolah ini terpaksa dipercepatkan memandangkan ledakan pertubuhan penduduk
Bercham dan kawasan sekitarnya begitu mendadak khususnya sejak selesainya
pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan dan kemunculan pusat membeli belah
MAKRO(sekarang Tesco Extra).Seiring dengan perkembangan peasat ini,adalah
difikirkan perlu mewujudkan sekolah baru yang dapat mengurangkan kesulitan para
pelajar di kawasan sekitar Bercham berulang-alik ke sekolah yang dinyatakan
kerana jaraknya agak jauh.
OBJEKTIF PENUBUHAN SEKOLAH
Memberi pendidikan
yang secukupnya kepada anak-anak lelaki dan perempuan daripada pelbagai kaum ke
arah pembentukan kehidupan yang sempurna.
Mewujudkan individu
yang mempunyai kewibawaan peribadi,beriman dan berakhlak mulia.
Membentuk individu
menjadi warga Negara yang berilmu,berdisiplin,dinamik dan proaktif dalam iklim
sekolah yang harmonis.